iklan..

Friday, 24 June 2011

gilakan irwansyah~

irwansyah_008.jpg 07-May-2010 09:41 67k
wahai irwansyah..ko sudaa bagi kenangan yang pahit boowatku


sape minat irwansyah sila angkat tangan tinggi2..hehe..kalo korang2 nak taw dulu time saya skola menengah form4 n form5 memang gler abes wa ckp lu r ngan c irwansyah neh..sampai satu tahap saya simpan dalam bantal,pelekat kat meja setadi dan yang paling tak tahan simpan dalam kalkulator..yela dulu2 subjek yang saya paling minat ialah add math tawuk!!so,kalo rasa tokley nak jawab soklan add math mesti tenung2 gambo c irwansyah ni then baru dapat jawapan..haha..haaa..sampai cenggitu lah kegilaanku terhadap c mamat indon ni..so, as a result add math saya dapat A taw!!tapi A2 jerk..sdey..(T_T)

tapi bukan tu yang saya nak cite..sebenarnya saya nak cte kan..saya pernah terkantoi ngan cikgu add math sebab letak gambo c mamat indon tuh..tah cmna yang boleh cikgu teramek kalkulator saya yg cun melecun tu tah..woi malu ko taw tak!!sebelom cikgu kasi balik kalkulator tu sempat plak dia kasik perlian maut bowaat muridnya yang tercayunk ni..adoyai..1 kelas gelakkan saya..tambah satu lagi malu apabila lepas cikgu tu kuar n cikgu sejarah masuk,saya  tercakap kuat tanpa sedar kepada kawan sebelah yang berbunyi begini "cikgu noraini tu saja nak menjatuhkan kemaluan kami".ko taw cikgu sejarah kesayangan saya tu terdengar plak smbil memandang slack pelik je..disebabkan BM saya memang sejak azali lagi memang A++ so saya memang suka gle menambah imbuhan ke-an..tapi naseb baek lah cikgu tu still syg kt saya lagi..takot jugak t dia ignore je murid dia yang sorang ni..sebenarnya xde niat langsung pn nk melucah ke ape..tapi memang dah biasa tambah imbuhan..hoho..

selepas kejadian terkantoi tu saya da tobat tamo letak gambo sesape pn dlm kalkulator n skang ni saya da tak minat dah ngan mamat indon tuh..saya cuma setia plus setiu kat my love je..=D

moral of the story:
kalo ko fanatik sangat ngan sesorang tu jangan la sampai letak kat kalkulator..cukup2 la ko tampal poster beso kt dinding bilik ko tuh..hehe
n kalo ko hebat dalam BM sekalipon jangan la sampai melingkupkan bahasa hingga disalah anggap oleh orang lain.

seth tan btol2 romantik ke di alam realiti??

lihat saja pada title di atas ni mesti korang2 sume cakap dia ni mesti tak abes2 lagi terkena badi nora elena di slot akasia kat tv3 tu..padahal da seminggu kot cte tu abes..emm well saya sebenarnya nak share something ngan kengkawan sume tentang pengakuan aaron aziz sendiri pasal watak seth tan yang di bawak nye..yela sebab cte tu ramai pempuan2 di luar sana including me memang dah tanam pokok impian di belakang ghumah nak carik hubby sejibik dan sebentuk cam seth tan..tapi lepas baca article tadi terus saya realize bahawasanya lelaki seromantik seth tan memang tak mungkin ada di alam dunia yang nyata lagi fana ini..cewah..amacam BM saya memang A+++ k..hahahaaha..ok tanak cte panjang lebor lagi..korang bukan nak baca pon kan??so,mari saya tunjukkan article berkenaan..




owh seth tan KU plis dun look like that..(pengsan)wink**wink**


Musim Aaron popular
Posted by admin on June 23rd, 2011
SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.
Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.

“Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.
“Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya berjalan serentak di televisyen dan layar perak,” ujarnya.
Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai tetapi ia tidak akan berkekalan.
“Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga kerana musim.
“Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula, cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai pelakon,” ucapnya.
Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan orang lain.
“Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak, saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
“Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.
Romantis Aaron
Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.
Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan romantis ia sentiasa berbeza.
“Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza,” kata duta L’Oreal Men itu lagi.
Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.
Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.
Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron. 

Wednesday, 22 June 2011

pernah tak??

pernah tak kawan2 semua bayangkan macam mana ye jadik nya muka kita selepas make up??adakah lebih cantik??menawan??tertawan??comey macam lisa surihani??ato cun macam siti saleha??heee..ato sebaliknya,buruk??pelik??kelako??
n apakah pandangan orang terhadap kita kalo kita makeup??suka ato tak suka??

actually persoalan ni sudah terjawab apabila saya dengan rasminya sudah me-nerai (try) sendiri..beberapa bulan yang lepas,sebelum final exam,dpp saya a.k.a dewan penginapan pelajar ato lebih simple nye di panggil kolej iaitu EON telah membuat dinner kolej..actually mmg tiap2 taun pon event ni dibuat..tapi taun ni special cket bagi saya n kawan2 sebab kitorang dah sampai ke taun akhir..jadik dinner pon yang terakhir laa..yela super senior katakan..so,untuk memeriahkan dinner yang xberapa nak meriah sangat tu so kitowang saja menggedikkan diri  sendiri untuk makeup knon nak kasi cun semua..hehe..baju pown dah sampai ke tahap sewa taw!!!tapi yang kelako nye xjadik pown sewa bagai tu..hahahaha..las2 ada yang pakai baju sendiri n ada jugak yang pinjam dari kengkawan..saya lah tu..teeehhheee..

ok..back to our story pasal makeup..yaa makeup..hampir tersasar jaoh nampaknya..naseb baek teringat balik..saya sebenarnya xdek langsung alat makeup..setakat bedak n lip ice tu ada la..so,kawan saya ajak le kawan dia untuk jadik juru makeup berbayar kitorang..nampaknya mendapat sambutan yang hot gitu..boley dikatakan ramai yang makeup..mybe dalam 10 orang camtu..ada yang nak makeup mata je..ada jugak yang full macam saya.bayaran utk mata only rm5 kalo full rm10.

setelah menghabiskan duit sebanyak rm10,
inilah wajah saya selepas makeup!!
jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.


dan ini sebelom!!


apa pendapat kawan2??


tapi saya tak dapat pape pujian pon..huwaaa..my LOVE cakap dia tak suka saya makeup sebab bukan nak cantik utk dia..hamboi!!tapi ok la at least dia puji cantik jugak walaupun tak ikhlas..mak saya lagi lah..dia cakap hodoh..sangat sdih k..n mak pesan jangan makeup lagi..so,sebagai sorang anak yang solehah n awek yang mendengar kata(cewah) saya taknak la makeup lagi..tunggu kawen nanti je la..


sume orang ada kecantikan tersendiri..n sume orang dilahirkan cantik..takde yang tak cantik..oleh itu bersyukur lah dengan apa yang kita miliki..

Tuesday, 21 June 2011

syukur..

ALHAMDULILLAH


akhirnya selepas sesi maki termaki kt portal uum,dapat gak saya nengok result bg sem 6 pada pukul 8 td kot..alhamdulillah..itu je mampu saya ucapkan apabila tengok result tadi.walaupun xdek la sehebat kawan2 yang laen..maybe dapat dekan..emm..result saya sederhana je..alhamdulillah syuko sbb lulus sume n dapat 3 ++.ada jugak subjek yang xexpect langsung boleh dapat tinggi cenggitu..n ada gak subjek yang awal2 lagi target baek pnya,stdy cam nak gila tapi result suam2 kuku jerk..adakah otak saya ni kena stdy biasa2 je baru ley dapat ok???dah banyak kali wat experimen ni..memang positive..so,sem depan kena stdy ala2 jela ea..hakhak..lagi berganda lah kemalasan saya n adakah mungkin result akan bertambah baek kalo wat cenggitu??hahahaha.

nak study smart cenggini lah next sem.
anyway..thanx a lot to my fren especially jula, pah, rin n sume la yang membantu saya..semoga Allah membalas budi korang ea..

so far..saya sangat berpuas aty sebab dapat ok..xdek r teruk sangat..so, next sem mesti struggle btol2 bcoz da last sem kan..yeay..yeay!!
kawan2 doakan semoga saya dapat grad ngn second class upper ea..amin..


thnx akak google sebab kasi gambo tomey2..hehe

Monday, 20 June 2011

BENGANG vs BANGANG!!!

aku memang bengang lah dengan sistem kt uum nih...pesal bangang sangat tah??kenapa xpernah nak faham perasaan studen yang tergedik2 nak tengok result macam aku nih??yang dorang tau cuma suruh bersabar!!bercabar n bersabar..aku ni dari sem1 sampai sekarang dah sem 6 bila nak cek result n time nak add drop mesti aku termaki u sendiri..ada aku kesah??dorang tatau ka seharian aku mengadap laptop??dah tau sistem tu xok pegi la upgrade kan..ni x,duit banyak abeskan jemput retisss sana..jemput retiss sini..aku memang bengang tahap nak meletup dah ni..

pastu time nak cek result laa dorang baru terhegeh2 nak suh studen update profile..kan dah menyusahkan studen..dah la susah nak masuk kat portal tu..bila da berjaya masok ngn penuh harapan nak tengok result,eh....tokley plak..ko ase bengang x??

****sory guys sbb guna 'aku'..macam kasar..mintak maap bebanyak deh..

hopefully dapat result ok..amin!!

Wednesday, 15 June 2011

nora elena~

alo my frenzzz..
suda lama banget yea xupdate blog..
bukan sebab malas ato buzy..
tapi bil broadband suda tertunggak 5bulan..hoho..

back to my story..
korang2 tengok tak cte paling hot kt tv3 skg ni iaitu Nora Elena??
kalo korang2 tengok kompom korang2 tertangkap chentan ngan seth tan lakonan aaron aziz 2 an??an??hee
so,same wif me laa..everyday musti xnyabo nk tunggu kol7 nye..sbb nk tengok seth tan..
pastu terbayang2 nk hubby yg character sejibik cam dia..hahaha
waaa...sgt ensem la kamok wahai aaron!!!
saya mmg minat kt awok since dalam perut mak lg..ok tipu..hehe
tapi mmg beshh gle babeng r cte nora elena ni..kalo korang xtengok mmg rugi gle..saya jamin 99.9%..
actually cte ni di adaptasi dr novel kasih yang suci..saya xpernah baca lagi pown novel ni..tapi kengkawan ckp bes so nanti kena cari jugak lah..

esok 16hb jun 2011,berakhirlah sudaa cte ni..huwaaa..nanti saya kompom rindu kt seth tan..xpe..nanti setiap hari ahad dia berlakon lagi..yeay!!yeay!!

so,kwn2..jgn lupa saksikan episod akhir nora elena esok tpt kol7pm hanya di tv3..hehe..n chat live bersama aaron aziz kol3 ptg sok..